Biodata Mislina Mustaffa, Kontroversi Zaiton Sameon
Biodata Penuh Mislina Mustaffa, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Mislina Mustaffa.
Pada kandungan kali ini, kami akan berkongsi mengenai biodata penuh Mislina Mustaffa. Kandungan ini bertujuan agar anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Mislina Mustaffa.
Mislina Mustaffa merupakan pelakon yang pernah popular dengan filem-filem bebas seperti Bernafas Dalam Lumpur dan Lampu merah mati (Monday Morning Glory).
Menerusi filem Mukhsin arahan pengarah tersohor Yasmin Ahmad, Mislina telah mengukir nama di bibir-bibir para pengkritik seni dengan bakatnya.
Namun, beliau mula mencipta kontroversi apabila ia terlibat dalam Occupy Dataran yang menyaksikan demonstrasi Perhimpunan Mahasiswa Mansuh PTPTN pada bulan April 2012.
Biodata Penuh
Nama Penuh
Mislina binti Mustaffa
Nama Popular
Mislina Mustaffa
Tarikh Lahir
23 April 1971
Umur Mislina Mustaffa
49 Tahun (2021)
Agama Mislina Mustaffa
Islam
Tinggi Mislina Mustaffa
± 160 cm
Asal Usul Mislina Mustaffa
Ipoh, Perak, Malaysia
Kediaman Mislina Mustaffa
Malaysia
Pekerjaan Mislina Mustaffa
Pelakon
Tahun Aktif
2000 - kini
Latar Belakang
Mislina Mustaffa lahir pada 23 April 1971 di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau dilahirkan dalam agama Islam.
Impian kedua ibu bapanya ialah mahu melihat Mislina menjadi seorang doktor perubatan.
Namun, Mislina lebih memilih untuk menceburi industri seni. Kerena beliau memang mencintai seni dan lakonan sedari kecil lagi.
Beliau pernah menempuh pendidikan di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. Mislina juga merupakan pemegang Sarjana Lakonan di Universiti Sains Malaysia.
Dalam bidang lakonan, beliau belajar dari bawah dengan figura unggul yang telah membentuk dirinya seperti mana hari ini.
Mislina pernah menimba ilmu daripada guru-guru yang cukup hebat seperti Ahmad Yatim, Krishen Jit, Datuk Faridah Merican, Joe Hasham, Kamal Ishak, Fauziah Nawi, Yasmin Ahmad dan Osman Ali.
Mereka inilah yang banyak memberi peluang kepada Mislina untuk meluaskan lagi bakat lakonannya dan percaya akan kebolehan beliau sebagai seorang pelakon. Dari pentas teater, televisyen sehinggalah ke filem.
Karir dan Kerjaya
Kemunculan pertama Mislina dalam bidang lakonan menerusi filem dokumentari Bukak Api arahan Osman Ali pada tahun 2000.
Penguatkuasa Kuala Lumpur mengharamkan filem tersebut daripada ditayangkan. Namun, filem tersebut dapat ditayangkan di KL Freedom Film Festival dan festival filem lain di Mesir, Perancis, New Zealand dan Singapura.
Seterusnya, Mislina kembali berlakon dalam filem pendek karya serta Osman Ali, Malaikat Di Jendela yang ditayangkan pada 2004.
Walaupun durasinya begitu singkat (sekitar 30 minit) namun filem ini merupakan sebuah karya puitis yang hebat berbekalkan tema 'gelap', falsafah serta mesejnya yang cukup berat lagi mendalam.
Mislina juga banyak berlakon dalam filem-filem bebas ketika awal kemunculannya yang mana kebanyakkannya berformat digital.
Antara filem Mislina yang popular adalah Bernafas Dalam Lumpur dan filem Lampu Merah Hati (Monday Morning Glory) yang diterbitkan pada tahun 2005.
Puaka Tebing Biru, cereka pertama arahan Osman menjadi filem debut Mislina di layar lebar. Beliau diberi peranan dalam watak pembantu dan berganding bersama pelakon popular Umie Aida.
Seterusnya beliau muncul dalam filem Flower In The Pocket. arahan Liew Seng Tat pada tahun 2007.
Kemunculannua dalam filem Mukhsin arahan pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, membuat nama Mislina mula meniti bibir peminat.
Lakonan beliau dalam filem Mukhsin mendapat pujian pengkritik dan penontonan awam.
Biarpun sering diberi peranan pembantu namun kemunculannya sentiasa mencuit perhatian. Mislina terus bekerjasama dengan Yasmin untuk filem terakhirnya berjudul Talentime.
Pada tahun 2009 Mislina berpeluang bekerjasama dengan pengarah muda Chris Chong dalam filem Karaoke yang mana telah terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes.
Mislina melakoni watak sebagai Kak Ina, seorang ibu tunggal yang mengusahakan pusat karaoke di kawasan ladang kelapa sawit bersama anak lelakinya yang lama menghilang lakonan Zahiril Adzim. Lakonan beliau dalam filem itu mendapat perhatian pengkritik dan dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-23 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM).
Pun begitu, Mislina tewas kepada pelakon Lisa Surihani yang menonjolkan transisi lakonan berbeza dalam filem Lagenda Budak Setan.
Fakta Menarik Mislina Mustaffa
- Nama sebenar Mislina ialah Mislina binti Mustaffa.
- Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia pada 23 April 1971.
- Sehingga kini, beliau berusia 47 tahun (2021).
- Mislina berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia.
- Kemunculan pertamanya menerusi filem Buka Api arahan Osman Ali.
- Namanya mula popular selepas membintangi filem Mukhsin arahan Yasmin Ahmad.
- Beliau pernah membotakkan kepala dalam lakonan sebagai Zaiton Sameon.
Gambar Terkini Mislina Mustaffa
Biodata Mislina Mustaffa ini dipublish pada 26 Januari 2021, dan terakhir disunting pada 26 Januari 2021.
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mislina_Mustaffa
- https://ohbulan.com/tapi-saya-tak-tahu-ajaran-islam-sebenar-mislina-mustaffa-aktivis-aktress
- http://miqaelarshad.blogspot.com/2012/06/siapa-mislina-mustafa-ni.html
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bukak_Api
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Mukhsin
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Karaoke_(filem)
- http://acidgenx1.blogspot.com/2010/11/bukan-mudah-jadi-mislina.html?m=1
Catat Komen for "Biodata Mislina Mustaffa, Kontroversi Zaiton Sameon"