Biodata Hairi Safwan • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga
Biodata Penuh Hairi Safwan, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Hairi Safwan.
![]() |
Biodata Hairi Safwan |
Pada kandungan kali ini, kami akan berkongsi mengenai biodata penuh Hairi Safwan. Kandungan ini bertujuan agar anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Hairi Safwan, pelakon Malaysia.
Hairi Safwan mula terkenal sewaktu menjadi juara program realiti pencarian bakat, Anak Wayang musim pertama. Beliau memulakan kerjayanya menerusi drama Kecuali Cintamu.
Nama Hairi semakin dikenali menerusi beberapa lakonan drama dan telefilem. Beliau juga merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production.
Biodata Penuh
Nama Penuh
Mohd Hairi Safwan Bin Aznan
Nama Popular
Hairi Safwan
Tarikh Lahir
16 Januari 1988
Umur Hairi Safwan
32 Tahun (2021)
Tinggi Hairi Safwan
± 160 cm
Asal Usul Hairi Safwan
Malaysia
Kediaman Hairi Safwan
Malaysia
Pekerjaan Hairi Safwan
Pelakon
Tahun Aktif
2009 - kini
Latar Belakang
Nama sebenar Hairi Safwan ialah Mohd Hairi Safwan Bin Aznan. Beliau lahir pada 16 Januari 1988 di Alor Setar, Kedah, Malaysia.
Hairi Safwan adalah anak sulung daripada dua adik beradik, beliau merupakan abang kepada Fikree Aznan, seorang Chef Selebriti.
Hairi juga merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Hairi Safwan berkahwin dengan Fara Afiza Azman yang merupakan seorang guru pada 22 Mac 2014.
Karir dan Kerjaya
Hairi Safwan memulakan kerjayanya selepas beliau menjuarai program realiti Anak Wayang musim pertama pada tahun 2009. Ketika itu, Hairi masih berumur 21 tahun.
Program tersebut turut disertai oleh Amar Baharin, Afzan A. Rahman, Lan Siro, Yanz, Alex, Sura Sojangi, Dayana Roza dan Hafiz Halim.
Dalam pertandingan tersebut beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat Hafiz Halim, yang juga merupakan seorang pelakon.
Pada 2009, Hairi berlakon dalam drama pertamanya menerusi Kecuali Cintamu yang mana beliau melakoni watak pembantu, sebagai Pengurus acara.
Beliau seterusnya juga memegang watak pembantu dalam drama Senja Permai, yang disiarkan pada 28 Disember 2009 di Astro Prima.
Pada 2010, Hairi berlakon dalam drama fantasi Ular Emas arahan Murali Abdullah yang turut dibintangi oleh Yatt Hamzah dan Erry Putra. S.
Juga pada tahun yang sama, beliau muncul bersama Zarina Zainoordin, Ungku Ismail Aziz dan Mubarak Majid menerusi drama Saka Jentayu.
2011 menjadi penanda aras buat Hairi dalam kerjaya lakonannya apabila beliau menjayakan watak utama dalam drama fantasi, Mata Ayer arahan Mazri Mustafa bersama ramai pelakon termasuk Zamarul Hisham, Sharifah Sakinah, Ayu Raudhah dan Azza Elite.
Seterusnya, beliau menjayakan watak pembantu sebagai Ibnu Hisham dalam drama Jiwa & Lara, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 13 September 2011 hingga 8 November 2011.
Pada 2012, Hairi membintangi filem sulung beliau, Hantu Air yang mana beliau memainkan peranan utama sebagai Fauzi.
Pada tahun 2015, Hairi berlakon dalam filem berjudul Split Gravy On Rice arahan Zahim Albakri, bersama-sama dengan Zahim Albakri, Bernice Chauly dan Sean Ghazi. Menerusi filem ini, Hairi memegang watak sebagai pelakon undangan, Bapak muda.
Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Aaron Aziz, Awie, Yusof Haslam dan Nasir Bilal Khan membintangi filem Misi Operasi X arahan Sandosh Kesavan yang ditayangkan pada 1 November 2018.
Beliau juga pernah muncul dalam filem komedi seram, Busut Bonang (2019) arahan Khalid Nadzri lakonan Nadzmi Adhwa dan Along Eyzendy bersama ramai pelakon lagi, termasuk Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Ropie Cecupak dan ramai lagi.
Perkahwinan Hairi Safwan
Hairi Safwan sah bergelar suami kepada seorang guru, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz pada 22 Mac 2014
Fara Afiza Azman merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang juga anak kepada Editor Majalah Kuntum, Asma Saad.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas Pulau Pinang, Jamal Darus.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas Pulau Pinang, Jamal Darus.
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Abdullah Fahim. Pada majlis itu Hairi menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya kasut, beg tangan, kamera, sirih junjung, kek, coklat dan minyak wangi.
Ia dibalas sebelas dulang oleh pihak perempuan antaranya jam tangan, kasut, sejadah, jaket, beg, sirih junjung, minyak wangi, buah-buahan dan coklat.
Hasil perkahwinannya bersama Fara Afiza Azman, beliau telah dikurniakan tiga orang anak.
Fakta Menarik Hairi Safwan
- Nama sebenar Hairi Safwan ialah Mohd Hairi Safwan Bin Aznan.
- Beliau lahir pada 16 Januari 1988 di Alor Setar, Kedah, Malaysia.
- Hairi merupakan anak sulung daripada dua adik beradik.
- Hairi merupakan abang kepada Chef Selebriti, Fikree Aznan.
- Hairi menjuarai program realiti Anak Wayang musim pertama.
- Memulakan kerjayanya menerusi drama Kecuali Cintamu pada 2009.
- Filem pertamanya berjudul Hantu Air, filem ini ditayangkan pada 2012.
- Hairi melakoni watak utama pertamanya dalam filem Hantu Air.
- Hairi Safwan berkahwin dengan Fara Afiza Azman pada 22 Mac 2014.
- Hasil Perkahwinannya, beliau dikurniakan tiga orang anak.
Gambar Terkini Hairi Safwan
Biodata Hairi Safwan ini dipublish pada 21 Januari 2021, dan terakhir disunting pada 21 Januari 2021.
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hairi_Safwan
- https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/03/22/hairi-anak-wayang
Catat Komen for "Biodata Hairi Safwan • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga"