Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Biodata Haleeda Mazlin • Latar Belakang, Keluarga dan Kerjaya

Biodata Penuh Haleeda Mazlin, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Haleeda Mazlin.

Biodata Haleeda Mazlin

Pada kandungan kali ini, kami akan berkongsi mengenai biodata penuh Haleeda Mazlin. Kandungan ini bertujuan agar anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai penyanyi dan pelakon Haleeda Mazlin.

Baca Juga: 5 Gambar Haleeda Mazlin Semasa Muda

Haleeda merupakan bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an. Beliau mula mencipta nama menerusi lagu Setia Kasih, ciptaan komposer terkenal Fauzi Marzuki bersama Lukhman S.

Haleeda memang popular dengan lagu-lagu berirama Pop Balada. Tapi siapa sangka, beliau yang meraih populariti pada era 90-an ini, sebenarnya juga turut meminati irama Rock.


Biodata Penuh

Nama Penuh

Haleeda Mazlin binti Badaruddin

Nama Popular

Haleeda Mazlin

Tarikh Lahir

19 Jun 1973

Umur Haleeda Mazlin

47 Tahun (2021)

Tinggi Haleeda Mazlin

± 160 cm

Asal Usul Haleeda Mazlin

Malaysia

Kediaman Haleeda Mazlin

Malaysia

Pekerjaan Haleeda Mazlin

Penyanyi dan Pelakon 

Tahun Aktif

1991 - kini


Latar Belakang

Haleeda Mazlin binti Badaruddin, lebih dikenali sebagai Haleeda lahir pada 19 Jun 1973 di Kulim, Kedah, Malaysia.

Haleeda merupakan anak kepada pasangan Badaruddin Sham dan Nor Akma Mohd Razlan. 

Haleeda merupakan kakak kepada Amanina Alwani, seorang komposer muda berbakat besar jurusan Fakulti Seni Muzik, UiTM Shah Alam.  Beliau juga mempunyai 2 adik lagi, Khairul Fiqri dan Khairunnisa Batrisyia.

Sempat menghasilkan tiga album, Setia Kasih (1991), Terkilan (1993), Titis Air Mata (2017). Beliau kini dikenali sebagai pelakon apabila memulakan langkah dalam dunia lakonan selepas bercerai dengan suami, Azman Adnan.


Kerjaya Haleeda Mazlin

Pada 1991, Haleeda muda yang masih berusia 18 tahun melancarkan album pertamanya berjudul Setia Kasih, lagu ini diciptakan oleh komposer terkenal Fauzi Marzuki dengan lirik oleh Lukhman S.

Selepas itu nama Haleeda Mazlin mula melonjak naik, malah hingga kini lagunya masih sering berkumandang di radio tempatan. Seterusnya, Haleeda melancarkan album keduanya, Terkilan (1993).

Album Terkilan ini mengandungi 10 buah lagu, iaitu Terkilan, Nanti Dulu Dunia, Apa Sudahnya, Angkara, Lambaian Akhir, Dekat Tapi Jauh, Aku Di Sini Setia, Ku Turut Jua, Harapan Bukan Impian, Akhirnya Masih Di Sini.

Pada 2013, Haleeda memberi nafas baru lagu Balada, menerusi single berjudul "Impianku" ciptaan adiknya sendiri Amanina Alwani.

Bermula pada 27 Januari 2015 lagu ini dijadikan sebagai OST drama bersiri 26 episod berjudul "Angin Syurga" yang bersiaran di Slot RTM, TV3.

Pada 2017, Haleeda kembali melancarkan album ketiganya yang berjudul 'Titis Air Mata'.


Menyertai Gegar Vaganza

Setelah lama menyepi dalam bidang nyanyian, Haleeda muncul kembali dengan menyertai program Gegar Vaganza musim pertama yang bermula pada 16 November 2014.

Di pentas akhir Gegar Vaganza, nama Haleeda turut diramalkan sebagai juara tetapi rezeki lebih menyebelahi Ayai Ilusi.

Haleeda hanya mendapat tempat kedua. Beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka sambil menyifatkan Ayai layak dinobatkan sebagai juara.

Karier nyanyian Haleeda semakin berkembang selepas menyertai program Gegar Vaganza musim pertama ini. Malah katanya, undangan nyanyian semakin banyak dan menganggap ia sebagai rezeki untuknya dan keluarga. 


Drama dan Filem Haleeda

Haleeda mula berhijrah dan memilih untuk bertudung sejak 2010. Haleeda mengakui tidak banyak watak yang sesuai dengan pelakon bertudung, beliau hanya mahu melakoni watak yang sesuai dengan penampilannya tersebut.

Sebelumnya, Haleeda pernah berlakon dalam drama bersiri 50 episod yang berjudul Kecuali Cintamu yang bersiaran di Astro Prima pada 2009.

Seterusnya, beliau juga pernah berlakon dalam telefilem Sana Aidil Sini Fitri yang menampilkan lakonan mantap Haleeda Mazlin, Ozlynn Wati, Rashid Jaafar, Anne Abdullah dan Taufik Hanafi.

Pada 2013, Haleeda tampil sebagai Mak Shida dalam drama Bangkitnya Seorang Perempuan arahan Emi Suffian Sabhe.

Antara drama dan filem yang dilakoni Haleeda termasuk, Pangkalan Batu 6 (2016), Diaspora Cinta (2016), Sayang Papa Saya Tak (2017), Chor & Chah (2017), Vila Ghazara (2018), Matahari Cerah Lagi (2018), Tak Ada Cinta Sepertimu (2018), Cinta Belum Tamat Tempoh (2019). Calon Menantu Tuan Rumah (2019).

Pada 2020, Haleeda melakoni watak pembantu sebagai Puan Nazira dalam drama Cinta Sekali Lagi arahan Pali Yahya yang dibintangi artis terkenal Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan, Hannah Delisha, dan Raja Afiq.


Perkahwinan Haleeda Mazlin

Pada awalnya, Haleeda menafikan mempunyai hubungan de­ngan Azman Adnan, pemain bola sepak kebangsaan era 90-an. 

Pada 27 Januari 1995, beliau akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Azman yang ketika itu mencipta nama bersama pasukan Selangor.

Pasangan tersebut turut dikurniakan seorang cahaya mata bernama Amirah Amini Azman. Mereka bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003. Azman kemudian berkahwin de­ngan penyanyi As Feminin.

Setelah lapan tahun menjadi ibu tunggal, pada 2010 Haleeda berkahwin kali kedua dengan lelaki yang digelari Mr S. Sehingga kini tak ramai yang tahu siapa suami Haleeda tersebut.

Namun, hubungan pasangan itu tidak bertahan lama, apabila Haleeda mendedahkan bahawa ia telah bercerai tiga tahun kemudian.

Sehingga kini, soal perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaannya selepas dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

Haleeda berkata, buat masa ini beliau sudah selesa dengan kehidupan solo selain memberi fokus kepada anak dan kariernya.

Ini tidak bererti Haleeda sudah serik untuk berkahwin, sebaliknya beliau menyerahkan perkara itu kepada jodoh.


Fakta Menarik Haleeda Mazlin

1. Nama sebenar Haleeda Mazlin ialah Haleeda Mazlin binti Badaruddin.

2. Haleeda Mazlin lahir pada 19 Jun 1973 di Kulim, Kedah, Malaysia.

3. Beliau merupakan kakak kepada Amanina Alwani, seorang komposer muda berbakat besar jurusan Fakulti Seni Muzik, UiTM Shah Alam. 

4. Namanya mulai melonjak naik menerusi album pertamanya Setia Kasih pada 1991.

5. Menjadi Juara kedua Gegar Vaganza musim pertama pada 2014.

6. Pernah berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan era 90an, Azman Adnan.

7. Haleeda mulai berhijrah dan mengenakan tudung semenjak 2010.

8. Haleeda mulai menggeluti bidang lakonan setelah bercerai dengan Azman Adnan.



Sumber Rujukan

  1. https://mat4nira.wordpress.com/2011/01/10/haleeda-haleeda-1991/
  2. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2015/01/27453/tak-ramai-tahu-saya-suka-lagu-rock-haleeda
  3. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Gegar_Vaganza_(musim_1)
  4. https://rezekiibu.com/lirik-lagu-impianku-haleeda-ost-angin-syurga/
  5. https://www.hmetro.com.my/ekspresi/2019/04/446970/hidup-beriring-alunan-indah
  6. https://www.hmetro.com.my/node/89597
  7. https://peraktoday.com.my/2016/01/soal-kahwin-bukan-keutamaan-haleeda/amp/
  8. https://www.budiey.com/drama-kecuali-cintamu-lakonan-nanu-baharudin-haleeda-janet-khoo/?amp=1
  9. https://www.utusanborneo.com.my/2017/06/24/tiga-telemovie-pilihan-malam-raya-di-tv1-tv2-tvih
  10. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bangkitnya_Seorang_Perempuan

Catat Komen for "Biodata Haleeda Mazlin • Latar Belakang, Keluarga dan Kerjaya"