Biodata Kenji Sawahi • Latar Belalang, Fakta, Agama dan Keluarga
Biodata Penuh Kenji Sawahi, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Kenji Sawahi.
![]() |
Biodata Kenji Sawahi |
Pada kandungan kali ini, kami akan berkongsi mengenai biodata penuh Kenji Sawahi. Kandungan ini bertujuan agar anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Kenji Sawahi.
Lim Boon Wah atau mesra dengan panggilan Kenji Sawahi merupakan pelakon dan pengarah filem Malaysia.
Pelakon kelahiran 23 Januari 1963 ini memulakan kerjayanya pada 1986 menerusi drama Mata Kristal arahan Lawrence Chan.
Selepas tiga tahun, Kenji mulai mengarahkan drama pertamanya yang berjudul Mimpi Ngeri lakonan Alice Voon, Ali Ismail, Kanjini Devi dan Richard Foo. Drama ini ditayangkan di TV3 pada tahun 1989.
Biodata Penuh
Nama Penuh
Lim Boon Wah
Nama Popular
Kenji Sawahi
Tarikh Lahir
23 Januari 1963
Umur Kenji Sawahi
57 Tahun (2021)
Agama Kenji Sawahi
Kristian
Tinggi Kenji Sawahi
± 170 cm
Asal Usul Kenji Sawahi
Kuala Lumpur, Malaysia
Kediaman Kenji Sawahi
Malaysia
Pekerjaan Kenji Sawahi
Pelakon dan Pengarah
Tahun Aktif
1986 - kini
Latar Belakang
Nama sebenar Kenji Sawahi ialah Lim Boon Wah, nama keluarganya ialah Lim. Kenji dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 23 Januari 1963.
Sekarang beliau berusia 57 tahun, Kenji merupakan keturunan China. Beliau dilahirkan dari keluarga beragama Kristian.
Kenji menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Karir dan Kerjaya
Kenji Sawahi memulakan kerjaya lakonannya pada 1986, kemunculan pertamanya ketika beliau melakoni watak utama dalam drama Mata Kristal. Drama 26 episod ini merupakan arahan Lawrence Chan dari Singapura.
Selepas selesai lakonannya dalam Mata Kristal, Kenji memulakan kerjayanya dalam bidang pengarahan. Beliau mengarahkan drama pertamanya yang berjudul Mimpi Ngeri pada 1989.
Drama bergenre seram (thriller) ini turut menampilkan lakonan Alice Voon, Ali Ismail, Kanjini Devi dan Richard Foo.
Pada 1995, Kenji melakoni watak sebagai Sam dalam filem Ringgit Kasorrga arahan Shuhaimi Baba. Ini merupakan pertama kalinya Kenji berlakon dalam sebuah filem.
Kenji kemudian berlakon dalam filem arahan Datuk Yusof Haslam, Maria Mariana pada 1996. Beliau melakoni watak sebagai Robert.
Pada tahun 2000, Kenji muncul dalam drama bersiri Maria Mariana The Series yang diadaptasi daripada filem arahan dan terbitan Datuk Yusof Haslam sebelumnya, Maria Mariana.
Pada 2005, beliau muncul dalam filem aksi The Hired Killer arahan Julian Cheah. Kenji berlakon sebagai Freddie Kong.
Kenji turut menjayakan filem Cinta U-Turn arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen. Filem yang ditayangkan pada 2008 ini diadaptasi daripada filem pecah panggung Tamil, Ullathai Allitha.
Seterusnya, pada 2011 Kenji berlakon dalam filem Haq yang dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Adi Putra sebagai pelakon utamanya. Filem ini menggunakan khidmat pengarah dari Hong Kong iaitu Hor Chee Leong dibantu oleh Jumaatun Azmi.
Pada 2012, beliau melakoni watak pembantu sebagai Chin Yew dalam Prince Of The City arahan Roslan Hussin.
Dalam filem Juvana yang ditayangkan pada 24 Januari 2013, Kenji melakoni watak sebagai Ketua Kilang Bata. Filem ini merupakan kesinambungan siri Juvana yang pernah ditayangkan dalam televisyen.
Pada 2014, Kenji tampil sebagai bapa Mei Ann lakonan Joey Leong dalam filem River of Exploding Durians. Filem ini merupakan kerjaya sulung Edmund Yeo sebagai pengarah.
Pada tahun 2015, beliau pernah melakoni watak sebagai Umaiyah Khalaf dalam teater islami bertajuk Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta.
Kenji berlakon dalam dua filem pada 2015, Happiness Together dan Kapsul. Beliau melakoni watak sebagai Presiden Palsu dalam Special Female Force yang ditayangkan pada 2016.
Kenji juga tampil dalam sebuah filem komedi Papa, Come Home arahan Nick Wong, filem ini ditayangkan pada 7 Disember 2017.
Beliau juga turut menjayakan filem seram Misteri Dilaila arahan arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan 21 Februari 2019. Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron dan Sasqia Dahuri.
Pada tahun yang sama, Kenji berlakon dalam filem berjudul Motif. Filem arahan Nadiah Hamzah ini mengisahkan seorang inspektor perempuan yang berazam untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja, namun suspek utama adalah ayah remaja itu sendiri.
Pada tahun 2020, Kenji melakoni watak sebagai pelakon pembantu dalam filem Daulat arahan Imran Sheik. Filem ini turut dibintangi oleh Vanida Imran, Rashidi Ishak dan Tony Eusoff.
Fakta Menarik Kenji Sawahi
- Nama sebenar Kenji Sawahi ialah Lim Boon Wah.
- Beliau lahir pada 23 Januari 1963 di Kuala Lumpur, Malaysia.
- Kenji Sawahi sekarang berusia 57 tahun (2021).
- Pernah menempuh pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.
- Merupakan keturunan China Melayu. Memulakan kerjayanya pada 1986 menerusi drama bersiri Mata Kristal.
- Filem pertama arahan beliau berjudul Mimpi Ngeri yang ditayangkan pada 1989.
Gambar Terkini Kenji Sawahi
Biodata Kenji Sawahi ini dipublish pada 23 Januari 2021, dan terakhir disunting pada 23 Januari 2021.
Catat Komen for "Biodata Kenji Sawahi • Latar Belalang, Fakta, Agama dan Keluarga"