Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Biodata Roy Azman • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga

Biodata Penuh Roy Azman, Profil, Berat dan Ketinggian, Fakta, Agama dan Keluarga Roy Azman.

Biodata Penuh Roy Azman
Biodata Roy Azman

Pada kandungan kali ini, kami akan berkongsi mengenai biodata penuh Roy Azman. Kandungan ini bertujuan agar anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai Roy Azman.

Pelakon kelahiran 30 Mei 1970 ini sangat meminati bidang bola sepak, beliau juga aktif bersama kelab Penyokong Bolasepak Selangor, ia merupakan penyokong pasukan tersebut.

Mula menceburi bidang lakonan sejak 1993, nama Roy masih dikenali sehingga kini. Beliau mula menempa nama menerusi drama paling hangat ketika itu, ‘Sembilu’. 

Roy cukup berbakat membawa pelbagai watak termasuk watak antagonis, watak romantik, watak seorang bapa, watak lelaki lembut dan banyak lagi.


Biodata Penuh

Nama Penuh

Zairosminan bin Abdul Rahman

Nama Popular

Roy Azman

Tarikh Lahir

30 Mei 1970

Umur Roy Azman

50 Tahun (2021)

Tinggi Roy Azman

± 170 cm

Asal Usul Roy Azman

Alor Setar, Kedah, Malaysia

Kediaman Roy Azman

Malaysia

Pekerjaan Roy Azman

Pelakon 

Tahun Aktif

1993 - kini


Latar Belakang

Nama sebenar Roy Azman ialah Zairosminan bin Abdul Rahman, beliau lahir pada 30 Mei 1970.

Roy Azman lahir di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Sehingga kini, beliau berusia 50 tahun.

Roy berkahwin pada 11 Mac 2006  dengan bekas ahli kumpulan Princess, Rafidah "Fyda" Mohd Razali. Bersama Fyda, beliau dikurniakan 5 cahaya mata.


Karir dan Kerjaya

Roy Azman memulakan kerjaya lakonannya pada 1993, kemunculan pertamanya ketika beliau melakoni watak pembantu dalam filem Cikgu Romantik yang turut dibintangi Mr. Os, Raja Ema, Mustapha Kamal dan Jasmin Hamid.

Pada tahun yang sama, Roy berlakon dalam filem Pemburu Bayang arahan Yusof Haslam. Filem ini turut menampilkan Awie, Ella, Kumpulan Wings, Ali Bakar dan ramai lagi.

Pada 1994, Roy turut menjayakan filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam. Filem tersebut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Filem Sembilu mencapai kutipan pecah panggung sekaligus melonjakkan nama Roy dalam bidang lakonan.

Roy kembali berlakon dalam filem arahan Datuk Yusof Haslam, Maria Mariana pada 1996. Beliau sekali lagi berlakon bersama Erra Fazira dan Ziana Zain. 

Roy melakoni watak Ambri dalam filem Gemilang yang juga diarahkan Datuk Yusof Haslam, filem ini ditayangkan pada 1997.

Roy digandingkan bersama Uji Rashid dan Jasmin Hamid dalam sebuah telefilem yang berjudul Bunga-Bunga Rentak yang ditayangkan pada 1997. Ini merupakan kemunculan pertama Roy berlakon dalam telefilem.

Pada 1998, beliau kembali berlakon dalam sekuel Maria Mariana 2, Roy melakoni watak pembantu sebagai Ray. Filem ini menampilkan lakonan Awie sebagai Sazali.

Pada tahun 2000, Roy muncul dalam drama bersiri Maria Mariana The Series yang diadaptasi daripada filem arahan dan terbitan Datuk Yusof Haslam, Maria Mariana.

Drama tersebut dibintangi oleh Abby Abadi dan Azza Elite yang menggantikan Erra Fazira dan Ziana Zain. Drama ini masih mengekalkan plot yang sama daripada filem asalnya.

Seterusnya, beliau membintangi drama Sembilu yang juga diadaptasi daripada filem box office arahan Datuk Yusof Haslam, iaitu Sembilu. Drama ini ditayangkan pada 2004 di TV3 yang turut dibintangi Hetty Sarlene, Zed Zaidi sebagai teraju utama drama tersebut.

Roy menjadi pelakon undangan dalam drama Airmata Maria. Drama ini dibintangi oleh Diana Danielle  sebagai watak tajuk bersama-sama Syamsul Yusof, Salina Saibi dan barisan pelakon lain. Drama Airmata Maria memulakan tayangan perdananya di TV3 pada 3 April 2007.

Roy juga turut berlakon dalam filem komedi Awan Dania The Movie arahan Rashid Sibir yang ditayangkan pada 14 Mac 2013 yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Elly Mazlein, Jehan Miskin dan Rusdi Ramli.

Beliau juga pernah muncul sebagai artis jemputan dalam sebuah program masakan popular yang ditayangkan di TV1, Ketuk-Ketuk Ramadan pada tahun 2013.

Roy muncul dalam filem Bikin Filem arahan Latiff Zami yang ditayangkan di Astro First pada 5 November 2020. Filem ini dilakonkan bintang-bintang terkemuka, antaranya Sherry Alhadad, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhan Rani dan Sharifah Sakinah.


Perkahwinan Roy Azman

Roy Azman mendirikan rumah tangga bersama Rafidah Mohd Razali pada 11 Mac 2006. 

Rafidah atau mesra dengan panggilan Fyda merupakan bekas anggota kumpulan Princess.

Selepas berkahwin, Fyda menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap keluarga manakala Roy masih aktif berlakon sehingga hari ini.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata dan kesemuanya berjantinakan perempuan.

Sebelumnya, Isteri Roy pernah mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah usia tujuh minggu pada tahun 2017.


Fakta Menarik Roy Azman

  • Nama sebenar Roy Azman ialah Zairosminan bin Abdul Rahman.
  • Beliau lahir pada 30 Mei 1970 di Alor Setar, Kedah, Malaysia.
  • Roy Azman sekarang berusia 50 tahun.
  • Sangat meminati bidang bola sepak dan menyokong pasukan Selangor.
  • Roy berkahwin dengan Rafidah Mohd Razali, bekas ahli kumpulan Princess.
  • Hasil perkahwinannya, Roy dikurniakan lima orang cahaya mata.
  • Kesemua anak Roy Azman ialah perempuan.


Gambar Terkini Roy Azman

Gambar Roy Azman

Gambar Roy Azman

Roy Azman Bolasepak

Roy Azman Pelakon

Roy Azman bersama Isteri

Roy Azman Bersama Keluarga

Biodata Roy Azman ini dipublish pada 22 Januari 2021, dan terakhir disunting pada 22 Januari 2021.

Catat Komen for "Biodata Roy Azman • Latar Belakang, Fakta, Agama dan Keluarga"